Politik Ismail_Yaacob

Ismail memenangi Dun Manek Urai selama lima penggal. Paksu Will menang kerusi Dun Manek Urai pada Pilihan Raya 1986. Beliau berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Zaid Wan Abdullah dengan majoriti 594 undi. Paksu Will memperolehi 3650 undi berbanding Wan Zaid yang mendpat 3056 undi.

Tahun 1990 adalah tahun 'sapu bersih' bagi PAS dan Parti Semangat 46 di Kelantan membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Beliau menang lagi pada pilihan raya 1995 dan 1999. Tahun 2004 beliau tidak bertanding.Tahun 2004 kerajaan PAS nyaris-nyaris tumbang di Kelantan. Kelantan kekal dengan kelebihan hanya tiga kerusi, termasuk satu kerusi dimenangi calonnya dengan kelebihan hanya dua undi. Pengganti Paksu Weng di Manek Urai tahun 2004 tewas majoriti sangat tipis, iaitu hanya 53 undi.

Atas kekuatan peribadi dan pengaruhnya di Manek Urai ,tahun 2008 PAS mencalonkan semula Ismail Yaakob dan menang.