Istana_Hijau
Istana_Hijau

Istana_Hijau

Istana Hijau (Jawi: ‏ايستان هيجاو‎) ialah sebuah istana Kesultanan Terengganu. Istana ini telah dibina pada 7 Zulhijah 1281 H [3 Mei 1865 M][1] dan didirikan pada pukul 7 pagi hari Jumaat, 7 Zulhijah 1286 H [10 Mac 1870 M][2] ketika pemerintahan sultan Terengganu ketika itu iaitu baginda Sultan Omar (1220H/1806M—1293H/1876M). Istana ini merupakan bangunan bertingkat dua dengan menara setinggi lima tingkat. Pada 1300 H bersamaan 1882 M semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1282H/1866M—1337H/1918M), istana ini telah musnah dalam sebuah kebakaran ketika peristiwa Api Pecah Gedung yang turut memusnahkan 1,600 buah rumah.[3]Tapak bekas berdirinya Istana Hijau kemudiannya dijadikan tempat pembinaan istana baharu Kesultanan Terengganu. Upacara peletakan batu asas istana baharu ini telah diadakan pada tahun 1312 H bersamaan 1895 M ketika masih dalam pemerintahan Sultan Zainal Abidin III lalu dinamakan Istana Maziah.