Kerjaya Iz_Sulaini

One in a Million

Iz merupakan salah seorang dari tujuh peserta One in a Million musim kedua sewaktu ujibakat diadakan di Sungai Petani, Kedah. Beliau tersingkir menjelang konsert minggu keempat. Sepanjang menjadi peserta OIAM, beliau menyanyikan lagu:

  1. "Time" - Billy Porter (Top 20)
  2. "Wait for You" - Elliott Yamin (Top 12)
  3. "When I Get You Alone" - Robin Thicke (Top 10)
  4. "Suci Dalam Debu" - Iklim (Top 9)

Muzik

Selepas tersingkir dari OIAM2, beliau melancarkan album EP pertamanya yang bertajuk Gonna Be Alright yang memuatkan sebanyak 7 lagu termasuk "Gonna Be Alright" yang dikeluarkan sebagai single pertamanya, dan lagu "Bersama Together" menampilkan Nora Danish. Pada Jun 2010, beliau bersama Amanda Imani telah dipilih oleh Austin Chase Malaysia bagi mengedarkan album mereka.[2]

Iz juga pernah mencipta lagu tema rancangan Clever Girl Malaysia yang bertajuk "Clever Girl" dan dipersembahkan oleh bekas peserta Malaysian Idol musim pertama, Nikki Palikat.[3]

Lakonan

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2011 menerusi sebuah filem pendek bertajuk Cinta Akhir.[4]

Bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof, Iz berlakon dalam filem sulung lakonannya, Misteri Dilaila lakonan Zul Ariffin dan Elizabeth Tan. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai seorang jurugambar.[5]