Pengacaraan Izwan_Pilus

Selain bakat beliau yang terserlah dalam bidang nyanyian, Izwan pernah ditampilkan untuk menjadi seorang pengacara tempatan. Izwan juga melibatkan diri dalam bidang pengacaraan yang menampilkan beliau dan Abby Nadzri dalam Suara Emas Bintang RTM anjuran terbitan RTM pada tahun 2008. Beliau juga pernah bergandingan bersama artis lain serta pengacara iaitu Alisya dan Muadz iaitu Bintang RTM pada 2009.

  • Suara Emas Bintang RTM (2008)
  • Bintang RTM 2009 (2009)
  • Program Racik-Racik Herba (2011)