Peranan Jabatan_AMAL_Malaysia

Jabatan Amal Malaysia terlibat dalam khidmat masyarakat seperti membantu mangsa kebakaran, banjir besar dan sebagainya. Jolokan “Semut Merah"[4] telah diberikan kepada mereka ketika rakyat Johor ditimpa musibah banjir besar beberapa tahun lepas, Unit Amal turun membantu dan menjalankan tugas-tugas penyelamat. Bencana Banjir besar yang melibatkan beberapa negeri di Pantai Timur baru-baru ini telah menyebabkan ramai penduduk yang terputus bekalan makanan, hilang tempat tinggal dan juga tiada keperluan asas untuk hidup

Sekali lagi Unit Amal diberi kepercayaan oleh pelbagai Parti PAS dan pelbagai NGO[5] untuk turun dan bantu mangsa-mangsa banjir. Bantuan yang disalurkan oleh badan-badan NGO, melalui bantuan Unit Amal ini melibatkan pengagihan makanan, minuman dan juga pakaian kepada penduduk setempat.

Selain itu, Unit Amal juga terlibat membantu penduduk di semua tempat yang mengalami bencana ribut dengan membantu penduduk membaiki dan membina rumah-rumah mangsa akibat dilanda banjir, hujan yang lebat berserta angin yang kuat. Kerja-kerja khidmat masyarakat lain seperti gotong royong bersama masyarakat setempat juga antara objektif awal penubuhan Unit Amal ini.[6]

Selain itu Unit Amal juga seringkali dilihat bertugas menjaga lalulintas jalan raya semasa ceramah, muktamar PAS atau perhimpunan diadakan. Dengan pakaian rasmi mereka t-shirt dengan beret berwarna merah hati / maroon mereka kelihatan segak bertugas dalam memastikan keselamatan ahli-ahli PAS atau peserta himpunan dari mereka yang cuba mencetuskan rusuhan dan keganasan. Unit Amal menjadi harapan sebagai benteng keselamatan peserta himpunan dari sebarang keganasan dan provokasi.