USAFFE Jabatan_Filipina

Unit ini secara rasminya disusun pada tahun 1913 dan, pada 26 Julai 1941, telah ditempatkan di Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat di Timur Jauh (USAFFE). Susulan dari kewujudan USAFFE, Jabatan Filipina menjadi sebuah markas perkhidmatan kawasan kor. Markas taktikal kemudiannya berada dibawah USAFFE.

Pada masa pembentukan USAFFE, unit ini mengandungi 22,532 askar. Daripada 1,340 pegawai, 775 adalah askar simpanan. 7,293 askar ditugaskan ke infantri dan 4,967 lagi ditugaskan ke Pasukan Pertahanan Pelabuhan Teluk Manila dan Teluk Subic. ~2,500 askar bertugas di posisi perkhidmatan atau bekalan, terutamanya kuartermaster atau unit perubatan. Majoriti tentera Jabatan berpangkalan di Luzon.