Angkatan_Tentera_Darat_Amerika_Syarikat_di_Timur_Jauh
Angkatan_Tentera_Darat_Amerika_Syarikat_di_Timur_Jauh

Angkatan_Tentera_Darat_Amerika_Syarikat_di_Timur_Jauh

Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat di Timur Jauh (USAFFE) (Filipino: Hukbong Katihan ng Estados Unidos sa Malayong Silangan/HKEUMS) adalah sebuah formasi Tentera Darat Amerika Syarikat yang aktif dari tahun 1941 hingga 1946. Markas pemerintahan telah diwujudkan pada 26 Julai 1941, di No. 1, Calle Victoria, Manila, Luzon, Filipina, dengan Jeneral Douglas MacArthur sebagai Panglima. Ketua Staf adalah Brigedier Jeneral Richard K. Sutherland dan Timbalan Ketua Staf adalah Leftenan Kolonel Richard J. Marshall. Teras pemerintahan ini (termasuk MacArthur, Marshall, dan Sutherland) telah ditarik daripada Pejabat Penasihat Ketenteraan kepada Kerajaan Komanwel.Penubuhan pemerintahan ini membawa kepada subordinasi markas Jabatan Filipina Tentera Darat A.S., sebagai markas perkhidmatan, sejak perancangan dan kawalan taktikal sekarang dibawah penguasaan USAFFE. MacArthur menerangkan, "Ia menjadi pasukan pentadbiran yang serupa dengan kawasan kor".[1] MacArthur mengesyorkan agar komander Jabatan Filipina Mejar Jeneral Grunert ditukarkan, kerana tugasnya tidak lagi diperlukan. Pada 23 Oktober, Grunert pulang ke Amerika Syarikat dan MacArthur dilantik sementara sebagai komander Jabatan Filipina.