Jabatan_Filipina
Jabatan_Filipina

Jabatan_Filipina

Jabatan Filipina (Bahasa Filipino: Kagawaran ng Pilipinas/Hukbong Kagawaran ng Pilipinas) adalah unit tetap Tentera Darat Amerika Syarikat yang mempunyai misi mempertahankan Kepulauan Filipina dan melatih Tentera Darat Filipina. Pada 9 April 1942, semasa Perang Dunia II, unit ini menyerahkalah kepada Jepun. Jabatan itu dan sub-unitnya berada dibawah pemerintahan pegawai Amerika, termasuk seorang jeneral Amerika, manakala majoriti askarnya adalah tentera Filipina, dikenali sebagai Pengawal Filipina (PS). Pasukan utama Jabatan ini adalah Divisyen Filipina. Daripada jumlah 22,532 askar, 10,473 anggotanya datang dari Divisyen Filipina sendiri.