Fungsi Jabatan_Kemajuan_Islam_Malaysia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri akan berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi seperti berikut:

  • Bertanggungjawab seperti perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini;
  • Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam
  • Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam;
  • Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara;
  • Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara;
  • Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di negara ini;
  • Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam; dan
  • Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.