Jabatan_Kemajuan_Orang_Asli

Jabatan Kemajuan Orang Asli (Tulisan Jawi: جابتن كماجوان اورڠ اصلي; singkatan: JAKOA) merupakan sebuah jabatan kerajaan yang dipertanggung jawabkan untuk mengurus hal ehwal Orang Asli di Malaysia. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) adalah merupakan nama baru bagi menggantikan nama lama iaitu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melalui proses penjenamaan semula yang berkuatkuasa penggunaannya mulai 15 Januari 2011.Matlamat utama Jabatan Kemajuan Orang Asli adalah bagi melaksanakan pendekatan pembangunan secara menyeluruh; melibatkan pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan, dan pembangunan modal insan secara terancang dan berterusan. Ia bertujuan bagi mencapai objektif peningkatan pendapatan, memperluas kemudahan prasarana dan ameniti sosial, tahap kesejahteraan hidup yang lebih berkualiti, dengan harapan ia akan melahirkan generasi baru yang berpendidikan dan dinamik. JAKOA juga memberi penekanan terhadap pemeliharaan warisan dan budaya masyarakat Orang Asli di seluruh Malaysia.[1]