Fungsi Jabatan_Pengurusan_Sisa_Pepejal_Negara

Mencadangkan dasar-dasar, rancangan dan strategi berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;


Mencadangkan rancangan bagi pengurusan sisa pepejal termasuk lokasi, jenis dan saiz kemudahan pengolahan baru, kawasan lingkungan kemudahan pengurusan sisa pepejal, skim pengurusan sisa pepejal untuk membekalkan sisa pepejal terkawal kepada kemudahan pengurusan sisa pepejal dan jangka masa bagi pelaksanaan rancangan itu;


Bertanggungjawab menetapkan standard, spesifikasi dan tata amalan yang berhubungan dengan mana-mana aspek perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;


Bertanggungjawab melaksanakan fungsi pengawalseliaan yang dinyatakan dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta tersebut;


Bertanggungjawab memberikan lesen dan kelulusan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007; dan


Bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti lain berkaitan dengan pelaksanaan fungsi di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.