Sejarah Jabatan_Pengurusan_Sisa_Pepejal_Negara

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah ditubuhkan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang diluluskan Parlimen pada 17 Julai 2007 dan diwartakan pada 30 Ogos 2007, bagi mengintegrasikan sistem pengurusan sisa pepejal di Malaysia di peringkat nasional. Akta ini memberi kuasa eksekutif kepada Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan tanggungjawab mengenai pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.


Sebelum penubuhan JPSPN, fungsi pengurusan sisa pepejal pada awalnya terletak di bawah Bahagian Kejuruteraan Kesihatan Persekitaran serta Bahagian Implementasi Projek, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Setelah Akta 672 dan Akta 673 diluluskan, fungsi ini telah dipindahkan kepada JPSPN dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).