Kerajaan Jahangir

Jahangir mahu pemerintahannya lebih adil. Maka dasar 'Dua Belas Keputusan' yang lebih liberalisme dan pandangan jauh ke depan dilaksanakan.Semasa pemerintahannya, saiz Empayar Mughal semakin besar, pemberontakan berjaya hancur, tawanan perang dibebaskan, dan usaha ayahnya, Akbar, terus berkembang. Sama seperti ayahnya, Jahangir terus meluaskan penaklukan. Tumpuan ialahn di wilayah Assam , kaki bukit Himalaya ,dari Kashmir ke Bengal. Jahangir bewrjaya menguasai Afghanistan daripada pemerintahan Safawi di Kabul, Peshawar dan Kandahar. Tahun 1622 Jahangir menghantar anaknya Putera Khurram ke [Ahmednagar]] , Bijapur dan Golconda . Setelah menang di sana, Khurram balik melawan ayahnya dan membuat tawaran untuk berkuasa. Tetapi Jahangir mampu mengalahkan cabaran dalaman keluarga dan mempertahankan kekuasaan.

Jahangir berjanji untuk melindungi Islam dan mengampunkan musun-musuhnya. Dia sukakan seni, khususnya lukisan. Selama pemerintahannya gaya khas lukisan Mughal diperluas dan berkembang. Jahangir menyokong berkembangnya budaya pelukis mahkamah.

Selanjutnya, Jahangir memelihara tradisi Mughal iaitu bentuk pemerintahan berpusat.Anak seorang Hindu Rajput masuk Islam. Jahangir menjadikan ajaran Islam Sunni sebagai landasan dasar negaranya. Dalam kes sivil, undang-undang Islam dilaksanakan untuk Muslim, undang-undang Hindu untuk Hindu, sedangkan undang-undang jenayah adalah sama untuk kedua-dua Muslim dan Hindu . Dalam hal-hal seperti perkahwinan dan warisan, kedua-dua komuniti mempunyai undang-undang mereka sendiri yang Jahangir hormati. Jadi Jahangir mampu memberikan keadilan kepada semua dan meneruskan undang-undang jenayah bersepadu.

Dokumen yang ditulis oleh Sir Thomas Roe menyatakan bahawa Jahangi mempunyai hubungan diplomatik dengan Raja Parsi, Shah Abbas. Jahangii seorang naturalis dan pecinta seni .

Jahangir banyak dipengaruhi oleh isteri-isterinya dan suatu kelemahan yang dieksploitasi oleh banyak orang. Kerana keadaan mabuk malar, Nur Jahan, isteri kegemaran Jahangir, menjadi kekuatan yang sebenarnya di balik takhta Jahangir.