Jam_24_jam

(tengah malam)
(hujung hari)Jam 24 jam merupakan amalan penjagaan waktu yang mana sehari menjangkau dari tengah malam ke tengah malam dan terbahagi kepada 24 jam yang ditandai oleh jam-jam yang berlalu sejak tengah malam, dari 0 hingga 23. Sistem ini adalah yang paling laris digunakan di dunia pada masa kini,[1] dan juga piawaian antarabangsa (ISO 8601) untuk notasi waktu.[2] Dalam amalan perubatan, jam 24 jam umumnya digunakan dalam pendokumenan jitu untuk mengelakkan sebarang kekaburan berkenaan peristiwa-peristiwa dalam sejarah perubatan seseorang pesakit.[3] Ia juga dikenali ramai sebagai military time (waktu tentera) or astronomical time (waktu astronomi) di Amerika Syarikat, Kanada,[4] dan beberapa negara lain[1] yang masih dikuasai oleh jam 12 jam.