Sejarah Jam_24_jam

Muka Jam Empat Mubaligh (1443) oleh Paolo Uccello di Gereja Besar FirenzeJam menara 24 jam di Venice yang memaparkan jam 1 hingg 12 dua kali

Sistem 24 jam sudah digunakan berkurun-kurun lamanya, khususnya oleh ahli sains, ahli astronomi, pengemudi, dan ahli horologi. Terdapat banyak contoh jam lama yang dibina dengan sistem 24 jam, termasuklah Orloj yang terkenal di Prague, dan jam pintu Shepherd di Greenwich.[petikan diperlukan]

Di Persidangan Meridian Antarabangsa di 1884, Lewis M. Rutherfurd mengusulkan:[5]

That this universal day is to be a mean solar day; is to begin for all the world at the moment of mean midnight of the initial meridian, coinciding with the beginning of the civil day and date of that meridian; and is to be counted from zero up to twenty-four hours.

Bahawa hari semesta ini akan dijadikan hari suria min yang bermula pada ketika tengah malam min di meridian asal untuk seluruh dunia, berbetulan dengan bermulanya hari dan tarikh awam untuk meridian tersebut, dan dikira dari kosong hingga dua puluh empat jam.

Resolusi ini diterima guna oleh persidangan tersebut.[5]

Menurut laporan akhbar Times London pada 1886, jam 24 jam sudah pun digunakan untuk perkhidmatan keretapi Canadian Pacific Railway di Port Arthur.[6]

Negara terawal yang memperkenalkan sistem 24 jam ke seluruh negara adalah Itali pada tahun 1893,[7] disusuli pula oleh negara-negara lain: Perancis menerima gunanya pada tahun 1912 (tentera Perancis pada 1909), diikuti oleh Denmark (1916), dan Yunani (1917). Menjelang 1920, Sepanyol, Portugis, Belgium, dan Swiss telah beralih, diikuti oleh Turki (1925), dan Jerman (1927). Menjelang awal 1920-an, kebanyakan negara di Amerika Latin turut menerima pakai sistem 24 jam. Sesetengah perkhidmatan keretapi di India juga beralih sebelum meletusnya perang.[7]

Pada Perang Dunia Pertama, Tentera Laut Diraja British menerima guna jam 24 jam pada 1915, diikuti tidak lama kemudian oleh tentera Berikat,[7] dan akhirnya Tentera Darat British pada 1918.[8] Angkatan tentera Kanada mula-mula menggunakan sistem 24 jam pada lewat 1917.[9] Pada 1920, Tentera Laut AS adalah pertubuhan sulung di Amerika Syarikat yang menerima guna sistem 24 jam; Tentera Darat AS pula hanya merasmikan penggunaannya pada 1 Julai 1942 dalam Perang Dunia Kedua.[10]