Jam_gajah
Jam_gajah

Jam_gajah

Jam gajah adalah sebuah reka cipta zaman pertengahan Islam oleh al-Jazari (1136–1206), terdiri dari sebuah jam air yang berkuasa pemberat dalam bentuk sebuah gajah. Pelbagai unsur-unsur jam ditempatkan di atas gajah. Jam ini telah direkabentuk untuk bergerak dan menghasilkan bunyi tiap setengah jam.Sebuah hasilan semula moden saiz penuh yang berfungsi dapat ditemukan sebagai sebuah hiasan tengah di Ibn Battuta Mall, sebuah pusat beli-belah di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Sebuah lagi hasilan semula yang berfungsi dapat dilihat di luar Musée d'Horlogerie du Locle, Château des Monts, di Le Locle, Switzerland.Selain daripada inovasi mekanikalnya, jam ini sendiri dilihat sebagai suatu contoh awal kepelbagaian budaya diwakili dalam teknologi. Gajah mewakili budaya India dan Afrika, naga mewakili budaya Cina, phoenix mewakili budaya Mesir Purba, kerja air mewakili budaya Yunani Purba, dan serban mewakili kebudayaan Islam.[2]