Jam_air
Jam_air

Jam_air

Jam air (Tulisan Jawi: جم اير) atau clepsydra (Bahasa Yunani: κλέπτειν kleptein, 'mencuri' + ὕδωρ hydor, 'air') ialah sejenis jam yang mengukur waktu dengan aliran cecair yang teratur yang masuk ke dalam (jenis aliran masuk) atau keluar dari (jenis aliran keluar) sebuah bekas. Jumlah cecair yang masuk atau keluar kemudiannya disukat.Jam air, bersama dengan jam matahari, berkemungkinan merupakan alat ukuran waktu yang tertua, selain paku bayang menegak, dan kayu hitung yang digunakan untuk mengira hari.[1] Tidak diketahui di mana dan bila jam air pertama kali dicipta, dan jawapannya tidak mungkin dapat dipastikan kerana betapa purba jam air ini. Klepsidra aliran keluar berbentuk mangkuk adalah bentuk jam air teringkas, dan diketahui pernah wujud di Babylon dan Mesir sekitar abad ke-16 SM. Di bahagian rantau lain di dunia, termasuk India dan China, juga mempunyai bukti kewujudan jam air terawal, tetapi tarikh terawalnya tidak dapat dipastikan. Namun begitu, ada yang mendakwa bahawa jam air wujud di China seawal tahun 4000 SM.[2]Bangsa Yunani dan Rom mengembangkan reka bentuk jam air untuk memasuki aliran masuk klepsidra dengan sistem suap balik, gear, dan mekanisme bolosan terawal, yang disambungkan dengan automaton yang canggih bagi memperbaiki ketepatan. Pembangunan selanjutnya dilakukan di Byzantium dan terutamanya di dunia Islam, di mana jam air yang jitu menggabungkan segmen kompleks dan gear kisar, roda air, dan kebolehaturcaraan, sebelum akhirnya dibawa ke Eropah. Secara berasingan, bangsa China telah membangunkan jam air termaju mereka sendiri, dengan menggabungkan gear, mekanisme bolosan, dan kincir air, lalu mengirimkan gagasan mereka ke Korea dan Jepun.Sesetengah rekaan jam air dibangunkan secara berdikari dan sebahagian ilmu disebarkan melalui penyebaran perdagangan. Jam air terdahulu ini ditentukur dengan sebuah jam matahari. Walaupun tidak pernah mencapai tahap ketepatan yang dapat dibandingkan dengan keperluan penjagaan masa hari ini, namun jam air telah menjadi jam waktu tertepat dan paling umum digunakan selama ribuan tahun, sehingga digantikan oleh jam bandul yang lebih tepat pada abad ke-18 di Eropah.

Rujukan

WikiPedia: Jam_air http://www.uni-graz.at/exp2www/Physikgeschichte/Wa... http://www.aftabir.com/articles/view/science_educa... http://amordadnews.com/neveshtehNamyesh.aspx?NId=6... http://www.history-science-technology.com/Articles... http://www.marcdatabase.com/~lemur/dm-gitton.html#... http://muslimheritage.com/topics/default.cfm?Artic... http://www.taiwan-panorama.com/en/show_issue.php?j... http://akira.ruc.dk/~jensh/Publications/1998%7Bf%7... http://physics.nist.gov/GenInt/Time/time.html http://physics.nist.gov/time