Jamalul_Kiram_III

Jamalul D. Kiram III (lahir pada 16 Julai 1938 di Maimbung, Sulu; memerintah 1974 - 1981, 2012 - 2013; meninggal 20 Oktober 2013[1] di Bandar Quezon, Filipina) adalah salah seorang penuntut takhta Kesultanan Sulu di Sulu, selatan Filipina ketika era Marcos. Beliau juga merupakan seorang calon bagi senator dalam Pilihan Raya Filipina 2007.[2] Dengan persaraan beliau, hak pewarisan kesultanan telah dipertikaikan di kalangan waris seperti Mohammad Akijal Atti. Pertikaian mengenai hak pewarisan berakhir pada November 11, 2012 apabila semua pihak yang menuntut dari keluarga Kiram bertemu bersama-sama di Sulu, menamatkan persengketaan panjang sedekad mereka.[perlu rujukan] Selepas mesyuarat keluarga, Jamalul Kiram III sekali lagi menjadi de facto sultan bersama Ismael Kiram II. Beliau juga mengisytiharkan Rajah Mudah Agbimuddin Kiram sebagai "putera mahkota".[3]Pada Februari 2013, sekumpulan pengikutnya yang diketuai adik beliau Agbimuddin Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah, Malaysia.

Jamalul_Kiram_III

Lahir (1938-07-16)16 Julai 1938
Maimbung, Sulu, Commonwealth of the Philippines
Takhta dituntut Kesultanan Sulu
Meninggal 20 Oktober 2013(2013-10-20) (umur 75)
Quezon City, Philippines
DiRaja Dihapuskan 1915
Anak Jacel Kiram
Tuntutan dari 15 June 1986 – 20 October 2013
Nama DiRaja dituntut Sultan Jamalul Kiram III of Sulu
Bapa Datu Punjungan Kiram
Pemerintah terakhir Jamalul Kiram II
Pengganti Ismael Kiram II
Hubungan dengan Ayah
Sebelum Aguimuddin Abirin dan Mohammad Akijal Atti
Ibu Sharif Usna Dalus Strattan
Rumah Di Raja Rumah Diraja Kesultanan Sulu
Gelaran Sultan Sulu