Sejarah Jambatan_Manir

Jambatan ini dibina pada tahun 60an. Ia telah siap dan dirasmikan oleh Sultan Terengganu pada ketika itu, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 1969. Sebelum pembinaan jambatan tersebut, kawasan tersebut dihubungkan dengan penggunaan pengangkutan feri yang beroperasi di Kampung Losong Feri yang berdekatan dengan Muzium Terengganu selain pengangkutan bot penambang.

Pada hari perasmian, ramai orang kampung berdiri ditepi Sungai Terengganu sekitar jambatan tersebut. Terdapat pelbagai acara sukan air yang diadakan antaranya acara lumba perahu dan acara mengejar itik. Ketika jambatan tersebut dirasmikan, ia merupakan jambatan ketiga terpanjang di Malaysia.[5]

Jambatan ini agak sempit kerana hanya mempunyai 2 lorong berbanding Jambatan Sultan Mahmud yang mempunyai 4 lorong di samping tidak mempunyai lampu sehinggalah ia dipasang pada awal tahun 80an.