Sejarah Jambatan_Sultan_Mahmud

Pada asalnya, jambatan ini ingin dibina di antara Tanjung dan Seberang Takir. Tetapi, apabila mengambil kira faktor kemudahan penduduk terutama penduduk di Pulau Duyong yang tidak dihubungkan dengan jalanraya maka jambatan tersebut dianjak untuk menghubungkan Padang Hiliran ke Seberang Tuan Chik melalui Pulau Duyong.

Sebelum jambatan tersebut dibina, para penduduk Pulau Duyong meletakkan kenderaan mereka di sekitar Pasar Besar Kedai Payang dan Kedai Binjai dan menaiki bot penambang ke kampung halaman mereka.[7]

Kadar tol sebelum dimansuhkan ialah 50 sen sehala bagi kereta dan van, RM1 bagi lori dan bas sementara lori berganda RM2. Beberapa pekerja tol masih lagi menjaga lalulintas di situ kerana berlaku kesesakan yang berpunca dari orang ramai yang belum mengetahui berita pemansuhan tol tersebut. Majoriti pemandu yang melalui kedua-dua belah laluan plaza tol itu membunyikan hon kenderaan masing-masing serta mengangkat tangan sebagai tanda bagus dan perasaan gembira di atas pemansuhan kutipan tol.

Pada permulaannya, kutipan tol itu hanya dikenakan kepada kenderaan yang bergerak dari arah pekan Batu Enam menghala ke bandar Kuala Terengganu.Bagaimanapun, bayaran tol di jambatan itu ditambah bagi kedua-dua laluan iaitu Batu Enam-Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu-Batu Enam pada 1993.[8]

Tol Jambatan Sultan Mahmud telah dihapuskan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas beberapa minggu memerintah Terengganu pada tahun yang berlangsungnya Pilihan Raya Umum Malaysia (PRU 1999).[9]

JKR Terengganu merupakan pengendali terdahulu Jambatan Sultan Mahmud FT65 disebabkan ianya merupakan projek kerajaan Negeri Terengganu. Jambatan tersebut diwartakan semula sebagai Jalan Persekutuan selepas pemansuhan tol jambatan tersebut oleh kerajaan baharu Terengganu pimpinan PAS pada pasca PRU 1999 tanpa mengambil kira status hutang jambatan itu.[10]

Rujukan

WikiPedia: Jambatan_Sultan_Mahmud http://terengganumenarik.blogspot.com/2010/08/pula... http://dppkd.tripod.com/berita/tol.htm http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DN-201... https://www.facebook.com/blogjalanrayamalaysia/pos... https://www.facebook.com/friendsofjkr/photos/a.165... https://www.facebook.com/friendsofjkr/photos/a.165... https://www.facebook.com/kaTERENGGANU/photos/a.187... https://www.flickr.com/photos/propas1992/861841069... https://mapcarta.com/27563068 https://goo.gl/maps/Z1tbvmopJ2rsoZkS9