Botani Jambulan

Pokok jambu ini malar hijau berbatang kukuh dan berkayu dengan diameter 10-30 m, batangnya berwarna putih kotor.[3]

Daun-daunnya terletak berhadapan dengan bertangkai 1-3.5 sm. Setiap helai berbentuk bujur lonjong bertepi rata dengan panjang 5-25 sm dan lebar 2–10 sm. Daun-daun muda yang berwarna merah jambu mematang berwarna hijau tua berkilat di sebelah atas dan sedikit lutcahaya. Daun-daun disebut boleh menghasilkan bau seakan turpentin apabila diramas.[3]

Bunga jambulan menjambak kecil di hujung ranting berwarna putih kelabu atau merah jambu mengeluarkan bau wangi.[5]

Buahnya pula berupa jenis beri dengan permukaan licin menggilap seakan anggur (bahkan juga menggugus banyak seperti anggur) dengan ukuran 1-5 sm panjang;[5][3] ia mula-mula berwarna hijau sebelum masak berwarna ungu tua kemudiannya hitam.[5] Isinya putih ataupun ungu kemerah-merahan atau kelabu kekuningan[5] kaya pulpa dengan rasa masam-masam kelat ke masam manis. Ada buah yang mampu mengeluarkan biji ada yang tidak, biji ini berbentuk lonjong, sampai 3.5 cm.[10][11]

  • Buah Jambu keling dalan pelbagai taha kematangan
  • Buah jambu keling dekat.
  • Pandangan dekat
  • Kanak-kanak menikmatinya
  • Satu barisan pokok S. cumini
  • Pandangan dekat rimbunannya.
  • Buah masak di pasar HAL di Bangalore