James_while_John_had_had_had_had_had_had_had_had_had_had_had_a_better_effect_on_the_teacher

"James while John had had had had had had had had had had had a better effect on the teacher" ialah frasa bahasa Inggeris yang digunakan untuk mendemonstrasikan kesamaran leksikal dan perlunya tanda baca,[1]yang berperanan sebagai pengganti intonasi,[2]tekanan, dan berhenti seketika dalam perbincangan manusia.[3] Dalam penyelidikan pemprosesan manusia, frasa ini digunakan untuk menunjukkan bagaimana pembaca bergantung pada tanda baca untuk memberi maksud bagi frasa ini, terutama dalam konteks memindai beberapa baris teks.[4] Frasa ini kadangkala ditunjukkan sebagai teka-teki yang dijawab dengan menambahkan tanda baca.Frasa ini bermaksud: Ada dua murid, James dan John, yang dalam ujian bahasa Inggeris diminta menjelaskan seorang lelaki yang, pada masa lalu, pernah menderita demam. John menulis "The man had a cold" yang dipersalahkan oleh gurunya, sementara James menulis jawapan yang benar, "The man had had a cold." Kerana benar, jawapan James telah membuat gurunya faham.Frasa ini boleh difahami lebih jelas lagi dengan menambahkan tanda baca dan penekanan: