Jaminan_makanan

Jaminan makanan atau ketahanan makanan (juga di Ind. ketahanan pangan; Bahasa Inggeris: food security) ialah ukuran ketersediaan dan keupayaan mendapatkan makanan diperlukan dalam kalangan masyarakat. Jawatankuasa Jaminan Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mentakrifkan keadaan ini sebagai keadaan semua orang mempunyai akses fizikal, sosial, dan ekonomi kepada makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat memenuhi keutamaan dan keperluan pemakanan untuk kehidupan yang aktif dan sihat pada setiap masa.[1]Pertubuhan Makanan dan Pertanian mengenal pasti empat tonggak jaminan ini iaitu ketersediaan, akses, penggunaan dan kestabilan bekalan makanan.[2] Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf Hak mendapatkan Makanan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia pada tahun 1948[3] malah menyaakan lanjut hubungan hak mendapatkan makanan ini dengan semua hak asas lain.[4]