Kejayaan Jampi_(lagu_Hael_Husaini)

Komersial

"Jampi" memasuki Carta Domestik RIM di tempat ke-7 pada carta bertarikh 5 Mei 2017[2] dan muncul juara buat kali pertama pada carta bertarikh 29 Jun 2017[3]. "Jampi" bertahan sebagai juara carta selama 17 minggu berturut-turut sebelum digantikan oleh lagu "Luluh" oleh Khai Bahar pada carta bertarikh 2 November 2017.[4] Berikutan itu, "Jampi" merupakan lagu paling lama bertahan sebagai juara carta domestik sepanjang tahun 2017.

"Jampi" juga memasuki Carta Antarabangsa dan Domestik RIM dan berjaya menduduki tempat ke-16.[5] "Jampi" merupakan lagu tempatan kedua yang berjaya masuk dalam carta ini selepas Ismail Izzani dengan lagu "Sabar".

Pada 8 Januari 2018, RIM mengumumkan senarai lagu paling berjaya di Malaysia sepanjang tahun 2017. "Jampi" diiktiraf sebagai lagu tempatan paling banyak distrim dan lagu tempatan paling bernilai sepanjang tahun.[6]

Anugerah

Tarikh AcaraAnugerahKategoriPencapaian
14 Oktober 2017Anugerah Planet Muzik 2017Lagu Terbaik (Malaysia)Dicalonkan
25 Januari 2018ERA Digital Muzik AwardsLagu Viral ERAMenang
11 Februari 2018Anugerah Juara Lagu ke-32TerbukaMenang
8 April 2018Anugerah MeleTOP Era 2018Lagu MeleTOPDicalonkan
18 November 2019Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Malaysia (MACP) ke-30Lagu Melayu Persembahan TerbanyakMenang