Jawaharlal_Nehru
Jawaharlal_Nehru

Jawaharlal_Nehru

Jawaharlal Motilal Nehru (Bahasa Hindi: जवाहरलाल नेहरू, IPA: [dʒəvaːhərlaːl nehruː], dari bahasa Parsi Javâher-e La'al yang bermaksud "Permata Merah") (14 November 188927 Mei 1964) ialah seorang pemimpin politik Kongres Kebangsaan India, seorang tokoh yang penting dalam gerakan kemerdekaan India dan Perdana Menteri pertama India yang merdeka. Beliau juga merupakan tokoh penting dalam politik antarabangsa pada zaman selepas perang dunia, dan merupakan salah seorang tokoh pengasas Pergerakan Berkecuali. Nehru yang juga digelar Panditji (Sarjana) ini juga merupakan penulis, sarjana dan ahli sejarah amatur, dan bapa kepada keluarga Nehru-Gandhi, salah satu kuasa paling berpengaruh dalam politik India. Anak kepada barrister dan ahli politik India terkenal Motilal Nehru ini pernah menjadi salah seorang pemimpin termuda Kongres Kebangsaan India. Nehru bangkit di bawah bimbingan Mahatma Gandhi, Nehru menjadi seorang pemimpin berkarisma dan radikal yang mendukung kemerdekaan penuh daripada Empayar British. Sebagai seorang ikon untuk belia India, Nehru juga mendukung sosialisme sebagai salah satu cara menangani cabaran negara yang lama. Ketika berkhidmat sebagai Presiden Kongres, Nehru mengibarkan bendera India merdeka di New Delhi pada 15 Ogos dan memegang jawatan perdana menteri, begitu juga anak perempuan beliau Indira dan cucu-cucu beliau Rajiv dan Sanjay.

Rujukan

WikiPedia: Jawaharlal_Nehru http://cantic.bnc.cat/registres/CUCId/a1018644x http://data.rero.ch/02-A003634072 http://www.amazon.com/dp/0670058017 http://www.dnaindia.com/report.asp?newsid=1101845 //scholar.google.com/scholar?q=%22Jawaharlal+Nehru... //www.google.com/search?&q=%22Jawaharlal+Nehru%22+... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Jawah... //www.google.com/search?q=%22Jawaharlal+Nehru%22&t... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Jawaharlal+... http://www.harappa.com/sounds/nehru.html