Persidangan Jawatankuasa_Persiapan_Kemerdekaan_Indonesia

Pada 9 Ogos 1945, Sukarno, Mohammad Hatta, dan Radjiman Wedyodiningrat, selaku pimpinan PPKI yang baru, dijemput ke Dalat untuk bertemu dengan Marsyal Terauchi. Selepas pertemuan tersebut, PPKI tidak dapat bertugas kerana para pemuda mendesak agar pengisytiharan kemerdekaan tidak dilakukan atas nama PPKI yang dianggap sebagai alat Jepun. Selain itu, rancangan perhimpunan pada 16 Ogos 1945 tidak dapat dilaksanakan kerana terjadi peristiwa Rengasdengklok.

Selepas pengisytiharan kemerdekaan pada 18 Ogos 1945, PPKI memutuskan antara lain:

  1. pengesahan Undang-Undang Dasar (UUD)
  2. pelantikan Sukarno sebagai Presiden dan Mohammad Hatta sebagai Timbalan Presiden Republik Indonesia
  3. pembentukan Jawatankuasa Negara untuk membantu tugas presiden sebelum Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) dibentuk.

Berkaitan dengan Undang-Undang Dasar, terdapat perubahan daripada bahan yang dihasilkan oleh BPUPKI, antaranya:

  1. Kata Muqaddimah digantikan dengan kata Pembukaan.
  2. Frasa Ketuhanan, dengan menjalankan syariat Islam bagi pemeluk-pemeluknya di dalam Piagam Jakarta digantikan dengan Ketuhanan yang Maha Esa.
  3. Kata-kata ... dan beragama Islam pada pasal 6:1 yang berbunyi Presiden ialah orang Indonesia Asli dan beragama Islam dicoret.
  4. Sejalan dengan cadangan kedua, maka fasal 29 pun berubah.