Jaz_(penyanyi)
Jaz_(penyanyi)

Jaz_(penyanyi)

Aziz Hayat,[1] atau lebih dikenali sebagai Jaz ataupun Jaz Hayat (dilahirkan pada 5 Mac 1993) merupakan seorang pemuzik Brunei Darussalam. Beliau melancarkan lagu berjudul "Dari Mata" pada tahun 2016 yang mendapat sambutan baik di industri muzik Indonesia.Pada tahun 2016, Jaz melancarkan single pertamanya, berjudul "Dari Mata". Dari kejayaan di pasaran, lagu ini telah mendominasi carta lagu di beberapa perkhidmatan penstriman muzik di Indonesia seperti JOOX dan Spotify.[2] Proses membuat lagu ini dari idea hingga selesai boleh dikatakan tidak seketika. Jaz mengambil masa 4 bulan untuk menyelesaikan bahan tersebut. Dari segi lirik kepada melodi asas lagu adalah ciptaannya.