Jean-Luc_Godard
Jean-Luc_Godard

Jean-Luc_Godard

Jean-Luc Godard [ʒɑ̃ lyk ɡɔdaʁ] (lahir 3 Disember 1930) ialah seorang pengarah, penulis lakon layar serta pengulas filem dari Perancis. Beliau merupakan antara pelopor pergerakan seni perfileman Nouvelle vague yang sangat berpengaruh dalam sinema dunia pada tahun 1960-an[1] sehinggalah ke tahun 1970-an[2] dengan pendekatan radikalnya mengarah filem.Pengkaryaannya banyak diteliti mendalam oleh para pengkaji seni perfileman,[3] malah gaya pembikinannya banyak orang yang menyusul termasuk Martin Scorsese, Quentin Tarantino, Brian De Palma, Steven Soderbergh, D. A. Pennebaker,[4] Robert Altman, Jim Jarmusch, Wong Kar-wai, Wim Wenders,[5] Bernardo Bertolucci[6] dan Pier Paolo Pasolini.[6] Beliau memenangi Anugerah Kehormat Akademi atas sumbangannya kepada dunia perfileman pada tahun 2010.[7]

Jean-Luc_Godard

Pekerjaan
  • Pengulas filem
  • Pembikin filem
Kerakyatan
  • Perancis
  • Switzerland
Pasangan Anne-Marie Miéville
Gerakan politik Nouvelle Vague
Tahun aktif 1950–kini
Anugerah
Karya terkenal À bout de souffle
My Life to Live
Contempt
Pierrot le Fou
Two or Three Things I Know About Her
Histoire(s) du cinéma
Saudara Pedro Pablo Kuczynski (cousin)
Kelahiran (1930-12-03) 3 Disember 1930 (umur 89)
Paris, Perancis