Kerjaya Jean-Éric_Vergne

GP3 Series

Pada bulan Mei 2010, Vergne telah ditandatangani oleh Tech 1 Racing untuk bertanding dalam kejuaraan GP3 Series pada perlumbaan pembuka tirai musim di Barcelona.[1] Beliau telah digantikan oleh Jim Pla untuk pusingan seterusnya di Turki kerana perlumbaan tersebut bertembung dengan tarikh acara British Formula Three di Hockenheim, tetapi kembali berlumba bersama mereka pada pusingan berikutnya di Valencia.[2] Walau bagaimanapun, pada awal bulan Julai, ia telah diumumkan bahawa Daniel Juncadella akan mengambil kerusi perlumbaan Vergne untuk pasukan bagi baki perlumbaan musim ini.[3]

Formula Satu

Vergne memandu sebuah kereta Formula Satu buat kali pertama di acara Goodwood Festival of Speed ​​pada bulan Julai 2010, dengan memandu kereta Red Bull RB5.[4] Pada bulan September 2010, ia telah diumumkan bahawa Vergne akan memandu untuk Toro Rosso di Litar Yas Marina pada bulan November,[4] dengan Toro Rosso mengesahkan bahawa beliau akan memandu kereta Toro Rosso STR5 bagi kedua-dua hari ujian tersebut. Pada hari ujian pertama. beliau menetapkan masa pusingan ketujuh terpantas dengan masa 1:42.489, dan melengkapkan 93 pusingan.[5]

Pada hari ujian kedua, Vergne menetapkan masa pusingan kesembilan terpantas dengan masa 1:40.974, hanya 0.030 saat di belakang pemandu Williams dan juara baru GP2, Pastor Maldonado.[6]

Pada bulan Ogos 2011, semasa hujung minggu Grand Prix Belgium, ia telah disahkan bahawa Vergne akan mengambil bahagian dalam sesi latihan pertama yang terpilih pada musim 2011 untuk Toro Rosso,[7] dengan Toro Rosso kemudiannya mengesahkan bahawa beliau akan mengambil bahagian dalam sesi latihan, bermula dari Grand Prix Korea. Namun, Vergne tidak memandu di Litar Antarabangsa Buddh untuk Grand Prix India bagi membolehkan pemandu pasukan, Jaime Alguersuari dan Sébastien Buemi, untuk mempelajari litar yang baru itu.[8] Vergne menetapkan masa kesebelas terpantas di Grand Prix Abu Dhabi, kurang daripada 0.3 saat daripada masa yang ditetapkan oleh Jaime Alguersuari.[9]

Pada bulan November 2011, Vergne menguji kereta Red Bull RB7, yang memenangi kedua-dua kejuaraan pemandu dan pengeluar pada tahun tersebut pada sesi ujian pemandu muda di Abu Dhabi, dengan menetapkan masa pusingan terpantas pada kesemua tiga hari ujian tersebut.[10]

Toro Rosso

Musim 2012
Vergne memandu untuk Toro Rosso di Grand Prix Malaysia 2012.Vergne di Grand Prix Amerika Syarikat 2012.

Pada 14 Disember, 2011, ia telah disahkan secara rasmi bahawa Vergne akan berlumba untuk Toro Rosso pada musim 2012, bersama-sama dengan ahli Red Bull Junior Team, Daniel Ricciardo.[11] Selepas mendapat tempat kesebelas pada pusingan kelayakan dan perlumbaan di Grand Prix Australia, Vergne mendapat mata Kejuaraan Dunia pertamanya pada perlumbaan berikutnya di Malaysia dengan mendapat tempat kelapan.[12] Di Grand Prix Eropah, Vergne berlanggar dengan Heikki Kovalainen ketika cuba memintasnya. Selepas perlumbaan tersebut, steward perlumbaan mengatakan bahawa kemalangan tersebut dapat dielakkan dan Vergne yang menyebabkan kemalangan tersebut. Beliau menerima penalti sepuluh-petak kedudukan di Grand Prix British, dan dikenakan denda €25.000. Vergne sekali lagi mendapat tempat kelapan di Grand Prix Belgium, Grand Prix Korea dan Grand Prix Brazil (perlumbaan terakhir). Vergne menamatkan musim 2012 di tangga ke-17 dalam Kejuaraan Pemandu Dunia dengan 16 mata.

Musim 2013

Vergne memulakan musim ini dengan mendapat tempat ke-12 di Grand Prix Australia, sebelum mendapat mata pertamanya di Malaysia, walaupun berlanggar dengan pemandu Caterham, Charles Pic. Vergne gagal mendapat mata dalam tiga perlumbaan seterusnya, namun mendapat tempat kelapan di Grand Prix Monaco.

Vergne bermula di tempat ketujuh di Grand Prix Kanada, dan kemudiannya menamatkan perlumbaan di tempat keenam, dan ia merupakan keputusan terbaiknya dalam Formula Satu.

Rujukan

WikiPedia: Jean-Éric_Vergne http://www.autosport.com/news/report.php/id/85027 http://www.autosport.com/news/report.php/id/88355 http://www.autosport.com/news/report.php/id/95272 http://www.autosport.com/news/report.php/id/96745 http://www.autosport.com/news/report.php/id/98369 http://www.driverdb.com/drivers/5183/career/ http://www.formula1.com/news/headlines/2010/11/115... http://www.gp3series.com/news/2010-Valencia/GP3-Se... http://www.gp3series.com/news/2010-march/Barcelona... http://www.imdb.com/name/nm4419278/