Episod Jelma

Musim 1

#TajukTarikh
keluaran
Ringkasan
1Petanda21 Mac 2008Wak Wak Jang memberikan azimat pelaris perniagaan kepada Rosli yang diperolehinya dari Indonesia serta memberi penerangan terperinci tentang cara menggunakan azimat ini. Wak Jang memberikan jampi serapah untuk dihafal oleh Rosli.
Azizah, isteri Rosli menjalani imbasan bayi di klinik Dr. Mulyani. Dr. Mulyani tersentak melihat imej anjing di monitor diikuti suara kanak-kanak berbisik di telinganya. Dr. Mulyani hendak menyatakan sesuatu kepada Azizah tetapi imej kemudiannya berubah normal.
2Kedatangan24 Mac 2008Semasa Azizah tidur di biliknya, Rosli berada di sebuah bilik lain yang dikeliling lilin-lilin merah dan membaca jampi serapah di dalam lingkaran bulatan yang dilukisnya. Dia melukakan tapak tangan dan menitiskan darah ke atas patung azimat. Angin bertiup kencang sehingga membuka semua tingkap dan bilik di rumah. Lelaki itu menghampiri Azizah dan meletakkan tangannya yang berkedut dan berkuku hitam ke atas perut Azizah.
3Busung26 Mac 2008Azizah kesakitan untuk bersalin. Air ketuban Azizah pecah dan dia terkejut dari tidurnya. Rosli memegang erat tangan isterinya yang menahan kesakitan menolak bayi keluar. Suasana bilik bersalin menjadi begitu busuk dan memualkan. Rosli tiba-tiba keluar dari bilik bersalin itu…
4Kelahiran28 Mac 2008Dr. Mulyani dan seorang jururawat terpaksa berhadapan dengan Azizah yang tiba-tiba mengalami tumpah darah. Azizah yang masih lemah, tiba-tiba duduk tegak dan bersuara. Jururawat dan Dr. Mulyani yang panik cuba melepaskan diri dari bilik tetapi pintu dan intercom gagal berfungsi.
5Pertarungan31 Mac 2008Doktor Mengesahkan kematian Azizah kepada Rosli. Dalam keadaan sedih, Rosli mengimbas kembali saat arwah Azizah menyatakan kebimbangan yang dialaminya kepada Rosli dahulu. Satu malam Rosli sedang tidur, tiba-tiba dia tersedar Azizah muncul di sebelahnya.
6Kematian2 April 2008Rosli tersedar dari mimpi. Dia bersyukur kerana keadaan ngeri itu hanya mimpi. Namun sejurus menghembuskan nafas lega, dia terlihat satu bungkusan di hadapannya. Sebaik saja dia memegang bungkusan itu, dua jelma muncul lalu menerkam Rosli.
7Pengkebumian4 April 2008Restoran milik Rosli sibuk dengan pelanggan. Rosli membuka laci di kaunter, kelihatan azimat yang berbungkus kuning. Bertahun-tahun kemudian, Reza sedang bersekolah manakala Mak Tom berada dirumah mengemas bilik Reza, tetapi ada sesuatu yang misteri di bilik tersebut.
8Permainan Reza7 April 2008Mak Tom yang ketakutan akibat kehilangan patung Reza secara tiba-tiba berlari keluar dari bilik Reza. Di sekolah pula, Reza yang baru menikmati waktu rehatnya sambil bermain anak patung kesayangannya diganggu oleh kawan sekelasnya Zizi.
9Serangan Reza9 April 2008Nenek sudah tiba di rumah Rosli bersama Halimah. Dia berniat hendak menjodohkan Rosli dengan seorang gadis yang warak. Sementara itu di sekolah, Zizi dan Airin dapat merampas mainan Reza. Tanpa diduga, jelmaan lelaki muncul membantunya.
10Calon Isteri Papa11 April 2008Reza kurang senang bila Rosli memberitahunya nenek sudah ada di rumah. Nenek menunjukkan gambar calon isteri kepada Rosli. Reza makin berang bila nenek menyuarakan niat hendak mengajarnya mengaji Muqadam dan dalam diam dia berdendam dengan nenek.
11Kejutan14 April 2008Malam itu, Reza tidak menjangkakan yang nenek akan membaca Surah Yassin sehingga dia menjerit kepanasan. Reza tidur di bilik ayahnya pada malam itu, tetapi apabila malam makin berlalu, nenek pula diganggu.
12Nenek Diserang16 April 2008Semasa bersarapan, Reza yang sudah sihat sangat gembira bila Rosli berjanji akan membawanya ke restoran dan membelikannya barang mainan. Tiba-tiba, mereka berdua dikejutkan dengan jeritan ngeri dari Mak Tom.
13Pengkebumian Nenek18 April 2008Ahli keluarga meninggalkan pusara nenek seorang demi seorang. Rosli duduk murung di pusara sambil ditemani kakaknya Halimah dan abang iparnya, Rashid. Manakala Mak Tom pula bersama Reza menunggu di dalam kereta. Tiba-tiba, Mak tom terdengar Reza bercakap dengan sesorang.
14Kebenaran21 April 2008Rosli tiba di rumah Wak Jang untuk memulangkan azimat yang diberi awal-awal lagi. Setelah berulang kali memanggil Wak Jang, dia tersentak bila melihat pasangan berbangsa Jawa yang membuka pintu. Rosli bertanyakan di mana Wak Jang tetapi mereka memberitahu Rosli bahawa Wak Jang sudah lama meninggal dunia.
15Nekad23 April 2008Rosli cuba membuang azimat yang diberi Wak Jang kepadanya tetapi dengan anehnya azimat muncul balik ke dalam keretanya. Beliau kemudiannya berpatah balik ke rumah Wak jang untuk berjumpa dengan pasangan berbangsa Jawa tersebut, tetapi setibanya Rosli di sana, seorang makcik tua pula yang membuka pintu. Lebih menggerunkan, azimat itu selalu "mengekorinya".
16Pertolongan25 April 2008Rosli yang semakin kebingungan bersemuka dengan abang iparnya, Rashid untuk meminta pertolongan. Sementara itu Mak Tom yang baru keluar dari bilik Reza setelah mengajaknya keluar dari bilik tersebut terkejut, apabila tiba-tiba Reza sudah berada di depan TV.
17Mak Tom Berhenti Kerja28 April 2008Rosli pulang ke rumah dalam keadaan lemah dan buntu dengan kejadian misteri dan mengelirukan yang telah berlaku kepada keluarga dan dirinya. Beliau kemudiannya tertidur di sofa. Sedang Rosli tidur, beliau didatangi oleh seseorang yang tiba-tiba mengejutkan Rosli.
18Siapa Reza30 April 2008Rosli masuk ke bilik anaknya panik apabila mendapati Reza tiada di situ …! Manakala Ustaz Hashim yang diminta oleh keluarga Rosli menangani kejadian misteri ini pula bersemuka dengan jelmaan lelaki yang biasa mendampingi Reza.
192 Mei 2008Ustaz Hashim yang berusaha melawan gangguan dua jelmaan yang di hantar oleh Wak Jang akhirnya dapat menghapuskan jelmaan tersebut. Ini menyebabkan Wak Jang semakin marah dan beliau ke rumah Rosli menuntut perjanjian yang telah dibuat oleh Rosli kepadanya.
205 Mei 2008Wak Jang merasuki Reza untuk menghuru-harakan rumah Rosli sekeluarga tetapi Ustaz Hashim berjaya menghapuskan puaka itu. Reza selamat dan akhirnya dipisahkan dari roh-roh jahat. Akhirnya Rosli sekeluarga pindah keluar dari rumah untuk menjauhi diri daripada segala yang menghantui mereka selama ini.

Musim 2

#Tarikh
keluaran
Ringkasan
16 Julai 2009Rosli dan Reza dalam perjalanan untuk menghantar Mak Tom balik ke kampung. Semasa perjalanan, mereka berdua dikejar sumpahan lama lalu menemui kemalangan yang teruk dan dikejarkan ke hospital. Rosli terselamat tetapi Reza maut dalam kemalangan tersebut, namun jampi lama membangkitkan Reza untuk tujuan dendam.
28 Julai 2009Reza yang kembali bangkit setelah diisytihar mati oleh doktor, akan di jaga oleh bapa saudaranya, Ustaz Hayat dan isterinya. Rosli masih belum sedar dari koma akibat kemalangan pula telah dilawati oleh jelmaan melalui Reza.
310 Julai 2009Mak Tom yang terselamat dari kemalangan, kembali sedar di hospital, tetapi mengalami trauma yang teruk dan seringkali meracau. Mak Tom kemudiaannya telah dirasuk oleh jelmaan untuk membunuh Rosli yang masih dalam koma.
413 Julai 2009Mak Tom pulang ke rumahnya dan dijaga oleh anaknya Nizam dan isterinya Wanda, masih meracau dan hidup dalam ketakutan. Manakala Ustaz Hayat pula mengalami peristiwa aneh dan pelik semenjak kehadiran Reza di rumahnya.
515 Julai 2009Rosli yang masih berada dalam keadaan koma mengalami satu transformasi yang aneh. Ustaz Hayat yang sudah mengetahui perihal latarbelakang Reza, cuba untuk membantu Reza.
617 Julai 2009Doktor dan misi bergegas mendapati Rosli yang masih koma kerana tiada tindakbalas pernafasan. Mak Tom pula berkelakuan semakin aneh sehinggakan anaknya Nizam dan isterinya Wanda buntu untuk membantunya.
720 Julai 2009Dato' Ishak berjumpa bomoh untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya, bomoh tersebut menyuruh mengambil Reza sebagai anak angkat kerana Reza boleh membawa tuah. Sementara itu keadaan Mak Tom semakin menjadi-jadi…
822 Julai 2009Mak Tom meracau memberitahu menantunya, Wanda berkenaan kedatangan seseorang atau sesuatu nanti, menyebabkan Wanda semakin resah.
924 Julai 2009Dato’ Ishak menemui Wak Hartono dan memuji keberkesanan tangkalnya. Manakala Reza pula tiba-tiba resah apabila merasai seseorang sedang memerhatinya. Rosli yang masih koma pula, diseksa batinnya oleh jelmaan yang pernah dipujanya dulu.
1027 Julai 2009Dato’ Ishak semakin galak melakukan hubungan sulit dengan wanita-wanita lain, sementara Datin Sandra yang berada di rumah ditemani oleh jelmaan yang menyerupai Dato’ Ishak! Mak Tom pula bertekad membongkar rahsia sebenar Reza.
1129 Julai 2009Nizam dan isterinya Wanda terkejut dengan apa yang telah berlaku kepada Mak Tom. Manakala Dato’ Ishak dan Datin Sandra pula membawa Reza berjumpa bapanya, Rosli setelah mendapat panggilan dari hospital.
1231 Julai 2009Dato’ Ishak dan Datin Sandra mendapat satu berita gembira apabila berjumpa doktor, tetapi berita tersebut tidak disenangi oleh Laila, perempuan simpanan Dato’ Ishak. Reza pula semakin resah dan tertekan dengan seseorang yang sering memerhatikannya.
133 Ogos 2009Wak Hartono memberi amaran kepada Dato’ Ishak supaya berhati-hati dengan satu ancaman yang bakal berlaku kepada Reza. Manakala Datin Sandra pula akhirnya bersemuka dengan orang yang sebelum ini sering memerhatikan perilaku Reza dari jauh.
145 Ogos 2009Datin Sandra telah bersemuka dengan Ustaz Hafiz, orang yang sering mengikurinya. Setelah itu Datin Sandra merasakan perkara aneh di rumahnya. Ustaz Hafiz pula bermimpi berjumpa dengan arwah bapanya.
157 Ogos 2009Semenjak berjumpa dengan Ustaz Hafiz, Datin Sandra kerap mengalami mimpi buruk dan peristiwa aneh serta menyeramkan, terutamanya apabila bersama Reza di rumah.
1610 Ogos 2009Dato’ Ishak menemui Wak Hartono untuk meminta bantuannya lagi, namun kali ini, balasan yang diminta oleh Wak Hartono sebagai pengeras amat berat untuk Dato’ Ishak laksanakan.
1712 Ogos 2009Setelah kematian misteri Datin Sandra, Ustaz Hafiz bersemuka pula dengan Dato’ Ishak untuk memberi amaran kepada beliau mengenai Reza dan Wak Hartono.
1814 Ogos 2009Wak Hartono semakin menguasai kepercayaan Dato’ Ishak dengan jampi serta tangkalnya setiap kali Dato’ Ishak datang meminta bantuan. Manakala Ustaz Hafiz pula mendapat kunjungan dari musuhnya ketika beliau sedang berzikir.
1917 Ogos 2009Pertarungan batin antara Ustaz Hafiz dan Wak Hartono sudah tidak dapat dielakkan… Manakala Dato’ Ishak yang turut merasai bahang pertarungan tersebut pula dikejutkan oleh kunjungan dari tetamu yang tidak disangka olehnya.
2019 Ogos 2009Maka berentaplah Ustaz Hafiz dan Wak Hartono beradu batin, tetapi selepas selesainya pertarungan, masih belum berakhir lagi bagi si "Reza."