Penerbitan Jemputan_Ke_Neraka

Jemputan Ke Neraka diarahkan oleh Amor Rizan yang terkenal dengan hasil karyanya di televisyen. Skrip filem ini telah ditulis oleh Amor pada tahun 2013 yang mengupas satu sisi kisah bermula daripada tiga pasangan menerima undangan ke majlis perkahwinan rakannya.[2]

Pelakon, Anne Ngasri berkhidmat sebagai penerbit menerusi syarikat miliknya, AN Universal yang ditubuhkan pada 2022. Menurut Anne, beliau meminta tunjur ajar daripada kakaknya yang juga pelakon dan penerbit, Darling Ngasri untuk menerbitkan filem ini. Ditanya mengenai pemilihan Amor Rizan sebagai pengarah, Darling berkata: "Saya suka penulisan dan kerja Amor Rizan serta yakin dengan kualiti kerjanya. Sebenarnya ini juga filem pertama Amor, jadi bukan kami sebagai penerbit sahaja yang berdebar, tetapi Amor juga".[3]

Kos pembikinan berjumlah RM1 juta[4] dengan penggambaran dijalankan selama sebulan di Pulau Carey, Selangor. Sharifah Sakinah, salah seorang pelakon filem ini, mendedahkan bahawa sebelum penggambaran dijalankan, beliau telah mendengar pelbagai kisah seram mengenai banglo lama di pulau itu. Menurutnya, sepanjang penggambaran tiada sebarang gangguan dan tiada kru yang dirasuk dan penggambaran diteruskan seperti yang dijadualkan. Sakinah turut mendedahkan bahawa beliau turut memasang ayat al-Quran sebagai pendinding.[5]

Ditanya mengenai pemilihan tajuk filem ini, Anne berkata ia mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapis Filem (LPF). Menurutnya, tiada babak dalam filem ini dipotong kerana beliau amat berjaga-jaga agar "filem ini sesuai dengan penonton Malaysia".[4]

Rujukan

WikiPedia: Jemputan_Ke_Neraka https://www.hmetro.com.my/rap/2023/06/980436/jempu... https://www.mstar.com.my/spotlight/wayang/2023/06/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/... https://www.budiey.com/sakinah-pasang-ayat-al-qura... https://www.kosmo.com.my/2023/06/19/jemputan-ke-ne... https://www.wajibtonton.com/2023/06/bukan-sekadar-... https://www.getaran.my/artikel/filem-tv/49462/ulas... https://www.imdb.com/title/tt27694298/ https://kakimuvee.net/trailer-sinopsis-filem-thril...