Sejarah Jengish_Chokusu

Setem Kyrgyzstan yang menampilkan Jengish Chokosu.

Pada 19 September 1938, sekumpulan pendaki Soviet, L. Gutman, E. Ivanov dan A. Sidorenko yang diketuai oleh A. A. Letavet berjaya mendaki ke puncak gunung sebagai menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan Komsomol, sebuah gerakan belia komunis dan memanggil puncaknya dengan nama Pik 20-ti letiya Komsomola (Puncak Ulang Tahun ke-20 Komsomol).[2] Namun, mereka memberikan anggaran salah berkenaan ketinggian gunung tersebut, iaitu 6,930 meter.[3]

Sebuah lagi kajian oleh kumpulan lain pada 1943 mendapati bahawa ketinggian puncak itu ialah 7,439 m. Hal ini menyebabkan pendakian 1938 dipertikaikan, walaupun Soviet tetap mengiktiraf pendakian tersebut. Puncak itu dinamakan semula sebagai Pik Pobedy sebagai memperingati kejayaan Soviet dalam Perang Dunia Kedua pada 1946.[2]

Sebuah lagi pendakian besar-besaran telah dilakukan pada 1955, tetapi gagal dengan teruk apabila 11 orang pendaki maut akibat ribut salji.[4]

Pendakian pertama di Jengish Chokusu yang dapat disahkan ialah oleh kumpulan Vitaly Abalakov pada 1956.[5]