Jenis_media_Internet

Jenis media Internet ialah pengenal pasti dengan dua bahagian untuk format fail di Internet. Pengenal-pengenal pasti ini pada mulanya ditakrifkan dalam RFC 2046 untuk diguna dalam e-mel yang dihantar melalui SMTP, namun kegunaannya telah berkembang kepada protokol-protokol lain seperti HTTP, RTP dan SIP. Jenis-jenis ini dipanggil jenis MIME, dan kadangkala dirujuk sebagai Content-type, sempena nama pengepala dalam beberapa protokol di mana nilainya adalah antara jenis ini. Nama asalnnya iaitu jenis MIME merujuk kepada kegunaannya untuk mengenal pasti bahagian bukan ASCII bagi sesebuah pesanan e-mel yang dikarang menggunakan tentuan MIME (Perluasan Mel Internet Serbaguna[1] atau bahasa Inggerisnya Multipurpose Internet Mail Extension). Tanpa jenis MIME, pelanggan e-mel tidak akan memahami sama ada fail lampiran ialah fail grafik atau fail hamparan dan sebagainya, lantas tidak dapat mengendalikan lampiran tersebut dengan betul.Jenis media terdiri daripada dua atau lebih bahagian: jenis, subjenis, dan sifar atau lebih parameter tak wajib. Contohnya, subjenis bagi text mempunyai parameter tidak wajib charset yang boleh disertakan untuk memberitahu pengekodan aksara (misalnya text/html; charset=UTF-8), dan subjenis bagi jenis multipart sering mentakrifkan boundary antara bahagiannya. Nilai-nilai charset yang dibenarkan ditakrifkan dalam senarai set-set aksara IANA.

Rujukan

WikiPedia: Jenis_media_Internet http://msdn.microsoft.com/en-us/library/ms775147(v... http://support.microsoft.com/kb/288102 http://i.realone.com/product/help/RealPlayer-2011/... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=multipurpose+... http://www.iana.org/assignments/character-sets http://www.iana.org/assignments/media-types/ http://www.iana.org/assignments/media-types/applic... http://www.iana.org/assignments/media-types/image/... http://www.iana.org/assignments/media-types/image/... http://www.iana.org/assignments/media-types/video/...