Jentayu
Jentayu

Jentayu

Jentayu (Dewanagari: जटायु, IAST: Jatāyū) merupakan salah satu watak dalam epik Ramayana, putera kepada Aruna dan saudara-mara dengan Garuda. Ia merupakan sahabat kepada Sempati. Jentayu ialah seekor burung yang melihat bagaimana Dewi Sita diculik oleh Rawana. Ia berusaha melawan tetapi kalah bertarung dan akhirnya mati. Tetapi ketika belum mati dan masih tenat ia masih sempat melaporkan kepada Sri Rama bahawa Dewi Sita isterinya diculik.Tempat di mana Sri Rama mendapati Jentayu yang sedang tenat dinamakan "Jatayumangalam", sekarang dikenal sebagai "Chadayamangalam", terletak di Daerah Kollam, Kerala. Batu besar di tempat tersebut dinamai "Jatayupara", diambil dari nama Jentayu. Tempat itu dimanfaatkan sebagai tarikan pelancong.Watak Jentayu (beserta Garuda) ditebus semula dalam epik Melayu Hikayat Merong Mahawangsa di mana burung berkenaan dijadikan sekutu dengan watak utama hikayat tersebut dan musuh kepada Garuda.