Biografi Jeon_Boram

Kehidupan awal

Boram dilahirkan pada 22 Mac 1986.[1] Bapa beliau adalah Jeon Youngrok, seorang penyanyi terkenal di Korea Selatan semasa era 1970-an dan 1980-an. Ibu beliau adalah Lee Mi-young, seorang pelakon. Beliau merupakan artis generasi ketiga di Korea selepas datuknya, Hwang Hae dan neneknya, Baek Sul Hee juga merupakan penyanyi terkenal. Adik perempuan beliau, Wooram, ialah ahli kumpulan wanita Korea Selatan, D-Unit.[2][3]

Boram belajar di Universiti Myungji dalam jurusan Teater dan Seni Visual sama seperti rakan kumpulan, Qri.

Karier

Kemunculan solo pertama

Boram mengeluarkan sebuah album sebuah lagu sebelum kemunculan pertama beliau dalam T-ara. "From Memory" dikeluarkan pada 14 November 2008[4] and "Lucifer Project Vol 1. 愛" was released in April 15, 2008.[5]

T-ara

Rencana utama: T-ara

Boram dihubungi oleh CEO Core Contents Media selepas beliau menonton klip video Boram mempersembahkan lagu BoA bertajuk "My Name". Pada pertengahan tahun 2009,Boram merupakan ahli pertama untuk menyertai T-ara selepas Jiae dan Jiwon keluar dari kumpulan.

Ia telah diumumkan pada 15 Julai 2010 bahawa beliau akan mengambil posisi Eunjung sebagai ketua kedua T-ara selepas penambahan ahli baru, Hwayoung.[6]