Kerjaya Jep_Sepahtu

Beliau ialah bekas anggota Kumpulan Sepah yang menjuarai Raja Lawak 3 dan Maharaja Lawak 2011. Selepas mereka bertiga berpisah, Jep menubuhkan kumpulan Sepahtu yang dianggotai Shuib, juga bekas anggota Kumpulan Sepah.

Jep Sepahtu juga ialah pemenang bagi sebuah rancangan improvisasi Super Spontan 2013[2] dan pernah menewaskan pelawak-pelawak popular yang lain dalam usahanya memenangi Artis Lawak Lelaki Paling Popular[3] di Anugerah Lawak Warna yang dibuat julung kalinya oleh Astro untuk mengiktiraf dan menghargai usaha pelawak negara.

Beberapa hari selepas itu, Jep terus disunting oleh pihak M7 sebagai duta baru produk itu.[4] Beliau kemudiannya disunting menjadi duta Jakel untuk koleksi jubah dan baju Melayu pada tahun 2016. Beliau juga merupakan pemain pasukan Super Lawak FC.

Jep menjadi pengacara program lawak iaitu Skool Of Lawak bersama Johan Raja Lawak yang bersiaran di Astro Warna. Beliau juga menjadi penyampai radio di Sinarfm untuk segmen Pagi di Sinar bersama Rahim R2 dan Angah Raja Lawak, yang sebelum ini dikenali sebagai Sepahtu Sinar.

Rujukan

WikiPedia: Jep_Sepahtu http://www.mynewshub.cc/terkini/tiada-tekanan-kerj... http://www.astroawani.com/news/show/alw-2014-jep-s... http://www.imdb.com/name/nm5485000/ http://instagram.com/jepsepahtu http://www.rotikaya.com/anugerah-bintang-popular-2... http://terengganutoday.com/hiburan/keputusan-rasmi... http://www.abpbh.com.my/calon/artis-komedi-lelaki http://www.astrogempak.com.my/AnugerahLawakWarna/U... http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid... http://www.astrogempak.com.my/SuperSpontan/Berita/...