Politik Jeram_Padang

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013, calon Barisan Nasional/MIC telah menang setelah merebut kepercayaan daripada penduduk keturunan India , peneroka Felda , Orang Asli dan Cina di sini. Pengundi berharap Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil St. Helier di Rompin dapat dibaiki. Penyandang DUN itu, Datuk V. S. Mogan tewas di kerusi Parlimen Teluk Kemang.[1]

Pada 29 Disember 2009, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk M. Sundram meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Appolo Karaikudi, Tamil Nadu, India.Beliau berusia 67 tahun.Mendiang meninggalkan isteri Datin R. Nagaratnam, 59, dan dua anak lelaki Saravanan, 33, dan Pertap, 27.[2]

Pada 8 Februari 2008, Timbalan Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Datuk Dr. L. Krishnan mengumumkan hasrat tidak bertanding di Jeram Padang dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Teluk Kemang (1999) dan sebagai ADUN Jeram Padang (2004). Pada 2004, Krishnan menewaskan calon PKR, S. Rajagopal dengan kelebihan 4,102. [3]