Jesse_Robredo
Jesse_Robredo

Jesse_Robredo

Jesse Manalastas Robredo, QSC, PLH (27 Mei 1958 – 18 Ogos 2012) ialah seorang negarawan Filipina yang berkhidmat sebagai Setiausaha Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan dalam pentadbiran Presiden Benigno Aquino III dari tahun 2010 hingga kematiannya pada tahun 2012. Robredo merupakan ahli Parti Liberal.Bermula pada 1988, Robredo berkhidmat dalam enam penggal sebagai Datuk Bandar Kota Naga di Camarines Sur. Sebagai pengiktirafan pencapaiannya sebagai Datuk Bandar Naga, Robredo dianugerahi Anugerah Ramon Magsaysay untuk Perkhidmatan Kerajaan pada tahun 2000, Datuk Bandar Filipina yang pertama diberi penghargaan. Beliau dilantik ke Kabinet Presiden Aquino pada Julai 2010.Pada 18 Ogos 2012, pesawat Piper PA-34-200 Seneca I yang membawa Setiausaha Robredo terhempas dari pantai Pulau Masbate.[6][7][8][9]Beliau dijadualkan pulang ke rumah dan menonton pertandingan berenang anak perempuannya di Bandar Naga. Jabatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan Filipina berkata bahawa juruterbang menghantar panggilan kecemasan ke lapangan terbang Masbate yang meminta pendaratan kecemasan. Pesawat itu tidak pernah ke lapangan terbang dan terhempas di laut.[10][11] Jasad Robredo dituntut tiga hari kemudian, 21 Ogos, 800 meter dari pantai dan 180 kaki di bawah paras laut.[12]

Jesse_Robredo

Lahir Jesse Manalastas Robredo
(1958-05-27)27 Mei 1958
Naga, Camarines Selatan, Filipina
Tempat persemadian Eternal Gardens Memorial Park, Naga, Camarines Selatan
Pekerjaan Penjawat awam
Didahului oleh Carlos G. Del Castillo
Kerakyatan Filipina
Alma mater Universiti De La Salle,
Universiti Harvard,
Universiti Filipina Diliman
Pasangan Leni Gerona (k. 1987)[4][5]
Digantikan oleh Sulpicio S. Roco Jr.
Parti politik Parti Liberal
Sebab kematian Nahas pesawat
Anak-anak 3 (termasuk Aika)
Meninggal dunia 18 Ogos 2012(2012-08-18) (umur 54)
Dari pantai Bandar Masbate, Filipina
Laman sesawang jesserobredo.wordpress.com
Presiden Benigno Aquino III

Rujukan

WikiPedia: Jesse_Robredo http://www.abs-cbnnews.com/nation/08/18/12/robredo... http://www.abs-cbnnews.com/nation/08/21/12/robredo... http://www.citymayors.com/mayors/naga-city-mayor-r... http://www.cnn.com/2012/08/18/world/asia/philippin... http://www.gmanetwork.com/news/photo/24543/palace-... http://www.gmanetwork.com/news/story/270304/news/n... http://www.philstar.com/Article.aspx?articleId=839... http://jesserobredo.wordpress.com/ http://www.coolbuster.net/2012/08/dilg-secretary-j... http://newsinfo.inquirer.net/253028/robredos-ill-f...