Jinggo_-_Hikayat_Si_Pemburu
Jinggo_-_Hikayat_Si_Pemburu

Jinggo_-_Hikayat_Si_Pemburu

Jinggo - Hikayat Si Pemburu atau lebih dikenali sebagai Jinggo adalah sebuah novel grafik daripada pelukis komik Kenny Chua. Sirinya bermula dalam Gempak sejak tahun 1998 lagi. Komik ini mula dijilidkan pada tahun 2001. Pada ulang tahun ke-7 komik ini, Kenny menampilkan sebuah lagi novel grafik berkaitan iaitu "Jinggo Concluded" yang merupakan jilid yang terakhir dengan penamat tambahan yang bertajuk "Deus Ex Machina". Pada tahun 2013, kesemua jilid Jinggo telah dikompilasikan sempena ulang tahun ke-15 yang bertajuk "Kompilasi Jubli 15: Jinggo". Novel grafik ini mengisahkan tentang pengembaraan Jinggo dan anak kapalnya yang merupakan pemburu ganjaran yang sentiasa mencari 'kontrak besar' untuk meneruskan hidup mereka. Versi animasi 3D telah dihasilkan oleh studio Backbone Entertaiment dengan kerjasama GempakStarz akan menayangkan 26 episod berdurasi 11 minit di TV2. Animasi ini disiarkan setiap hari Jumaat pukul 10 pagi bermula pada 18 Julai 2014.Jinggo Eksplorasi adalah karya yang ditulis dan dilukis oleh Puppeteer.