Puppeteer

Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangkaPuppeteer ialah seorang pelukis komik dari Malaysia yang bertaraf antarabangsa. Beliau banyak menyumbangkan karya beliau di majalah Gempak. Penampilan pertama buat pertama kali ialah menerusi majalah Gempak isu 26 (Julai 2000). Karya beliau yang terkemuka ialah Velositi, Evolusi Identiti, The Plague dan Jinggo Eksplorasi.Pada tahun 2005, Puppeteer keluar dengan buku kompilasi ilustrasi dan figura 96 halaman berwarna yang berjudul Verge - The Art of Puppeteer.[1]Puppeteer juga turut melukis komik di majalah Popcorn dengan karyanya iaitu Silent Revolution. Kini,[bila?] beliau bekerja di syarikat Storm Lion iaitu syarikat komik di Singapura dan antara karyanya yang terkenal ialah Freedom Formula.

Berkaitan