Media Jinggo_-_Hikayat_Si_Pemburu

Novel grafik

Ditulis dan dilukis oleh Kenny Chua telah disirikan dalam majalah Gempak sejak 1998 lagi. Komik ini mula dijilidkan pada tahun 2001, versi Inggeris pada Oktober 2008 dan Mandarin pada November 2008. Jilid kedua yang bertajuk "Jinggo Replay telah diterbitkan dalam Bahasa Melayu (tarikh penjilidan tidak dinyatakan) dan Bahasa Mandarin pada April 2009. Jilid ketiga diterbitkan pada 25 Mei 2005 sempena ulang tahun yang ke-7 siri ini beserta menampilkan penamat tambahan yang bertajuk "Deus Ex Machina" dan komentari dari Kenny. Jilid 3 versi Bahasa Mandarin diterbitkan pada Julai 2009. Pada tahun 2013, kesemua jilid Jinggo telah dikompilasikan sempena ulang tahun ke-15 yang bertajuk "Kompilasi Jubli 15: Jinggo". Kompilasi ini menampilkan 8 muka surat komik sisipan istimewa dan 10 muka surat lakaran konsep animasi yang belum pernah diterbitkan.

Jinggo Eksplorasi adalah karya yang ditulis dan dilukis oleh Puppeteer.

Animasi

Backbone Entertaiment dengan kerjasama Gempak telah mengadaptasikan novel grafik Jinggo kepada animasi 3D Bahasa Inggeris yang juga bertajuk Jinggo. Animasi ini telah disiarkan di TV2 pada 18 Julai 2014. Studio Backbone telah menghasilkan 26 episod berdurasi 11 minit yang telah disiarkan setiap hari Jumaat pukul 10 pagi.

Muzik

Lagu tema bagi siri animasi ini dinyanyikan oleh Iqmal dalam versi Bahasa Inggeris.