John Lennon
John Lennon

John Lennon

John Winston Ono Lennon, MBE (9 Oktober 1940 – 8 Disember 1980) ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan aktivis keamanan Inggeris. Beliau paling dikenali sebagai pengasas The Beatles, sebuah kumpulan muzik yang bersama dengan Paul McCartney, merupakan perkongsian penulisan lagu Lennon-McCartney yang amat berjaya sepanjang 1960-an. Penulisan lagu Lennon penuh dengan kepedihan dan harapan, dengan melodinya kekadang indah dan kekadang muram. Lirik Lennon membayangkan peristiwa-peristiwa semasa serta tekanan peribadi dan kerjayanya, pandangan falsafah, dan ketakselesaannya dengan kemashyuran. Beliau dan McCartney mempopularkan penggunaan kesan-kesan eletronik dalam muzik rock, dan membuka jalan untuk berbagai-bagai bentuk rock yang lebih keras pada dekad 1970-an dan 1980-an.Dalam rancangan-rancangan televisyen dan filem-filemnya seperti A Hard Day's Night (1964), serta melalui persidangan akhbar dan wawancara, Lennon sering mendedahkan sifat yang melawan, khususnya terhadap kepercayaan yang sudah mantap dan institusi yang sudah bertapak, serta kepintarannya yang bersifat tidak hormat. Beliau menyalurkan kemashyuran dan kecenderungan perbalahannya kepada kerjanya sebagai penindak cergas keamanan, pelukis, dan penulis.

John Lennon

Pekerjaan
Warganegara England
Tahun aktif 1957-75, 1980
Pasangan Cynthia Powell (1962 - 1968)
Yoko Ono (1969 - 1980; kematiannya)
Kegiatan berkaitan
Dikebumikan Abu mayat dibuang di Central Park, New York
Anak Julian Lennon
Sean Lennon
Genre
Kelahiran John Winston Lennon
9 Oktober 1940
Liverpool, England
Nama lain John Winston Ono Lennon
Syarikat rakaman
  • Apple
  • Capitol
  • Geffen
  • Parlophone
  • Polydor
Sebab kematian Pembunuhan oleh tembakan
Ibu bapa Alfred Lennon
Julia Stanley
Instrumen
Meninggal dunia 8 Disember 1980(1980-12-08) (umur 40)
Manhattan, New York, Amerika Syarikat