Biografi John_Bagot_Glubb

John Bagot Glubb dilahirkan pada 16 April 1897, di Preston dalam wilayah Lancashire. John Glubb ditauliahkan sebagai pegawai dalam Askar Jurutera Diraja dalam than 1915 dan dihantar bertugas di Perancis semasa Perang Dunia I.

Dalam tahun 1938, John Glubb berkahwin dengan Muriel Rosemary Forbes, anak perempuan doktor terkenal James Graham Forbes. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki dalam tahun 1939, diberikan nama Godfrey sempena Raja Godfrey yang berperang salib di Palestin. Pasangan ini juga mengambil seorang anak perempuan Badawi sebagai anak angkat. Dalam tahun 1947, mereka mengambil seorang budak lelaki dan budak perempuan pelarian Palestin sebagai anak angkat. John Glubb meninggal dunia di rumahnya pada tahun 1986. Isterinya meninggal tahun 2005 dan ditanam bersama John Glubb.

Anaknya Godfrey memeluk agama Islam dan mengambil nama Faris. Faris menjadi seorang wartawan dan penyelidik terkenal dan menjadi pejuang nasib bangsa Palestin. Dia terbunuh dalam kemalangan langgar lari di Kuwait dalam tahun 2004.