John_J._Pershing
John_J._Pershing

John_J._Pershing

Perang Sepanyol–AmerikaPerang Filipina-AmerikaPerang Rusia-Jepun
Revolusi MexicoPerang Dunia IJohn Joseph "Black Jack" Pershing (13 September 1860 – 15 Julai 1948) merupakan seorang Jeneral tersohor dalam Tentera Darat Amerika Syarikat yang memimpin kemenangan Angkatan Ekspedisi Amerika ke atas Jerman dalam Perang Dunia I (1917–18). Beliau menolak permintaan negara British dan Perancis yang mahu tentera Amerika di sepadukan dengan ketumbukan mereka, dan berkeras mahukan AEF beroperasi sebagai sebuah unit tunggal dibawah pemerintahannya, namun beberapa divisyen Amerika berjuang dibawah pemerintahan British, dan beliau juga membenarkan kesemua unit orang kulit hitam disepadukan dengan tentera darat Perancis. Tentera AS mula-mula bertempur sengit di Cantigny, Chateau-Thierry, Belleau Wood, dan Soissons. Bagi mempercepatkan ketibaan askar-askar Amerika, mereka menaiki kapal ke Perancis dengan meninggalkan kelengkapan berat dan menggunakan kereta kebal British dan Perancis, artileri, kapal terbang dan senjata lain. Pada September 1918 di St. Mihiel, Tentera Darat Pertama telah berada dibawah pemerintahan Pershing; ia mengalahkan unjuran Jerman yang mana mereka telah kuasai selama tiga tahun. Pershing mengalihkan 600,000 askar Amerika ke kawasan pertahanan kukuh hutan Argonne, mengekalkan divisyennya yang bertempur hebat selama 47 hari, bersama dengan Perancis. Kemenangan tersebut adalah salah satu faktor yang menyebabkan pihak Jerman ingin mengadakan gencatan senjata, walaupun Pershing sendiri mahu meneruskan peperangan, menduduki seluruh Jerman dan memusnahkan tentera Jerman buat selama-lamanya.Pershing merupakan satu-satunya askar Amerika yang diberi kenaikkan pangkat ke General of the Armies.[1] Beliau berkhidmat sebagai mentor kepada generasi para jeneral yang memimpin Tentera Darat Amerika Syarikat di Eropah semasa Perang Dunia II, seperti George Marshall, Dwight D. Eisenhower, Omar Bradley, dan George S. Patton. Beberapa taktik beliau telah dikritik oleh komander lain pada masa itu dan oleh sejarawan moden. Pergantungan beliau terhadap serangan berhadap yang merugikan itu, yang mana tentera Bersekutu yang lain sudah lama tidak menggunakan taktik tersebut, telah dipersalahkan kerana menyebabkan Amerika mengalami mangsa korban yang terlalu tinggi.[2]

John_J._Pershing

Rujukan

WikiPedia: John_J._Pershing http://www.borrowedsoldiers.com/commanders/pershin... http://www.nytimes.com/learning/general/onthisday/... http://www.pershingmuseum.com http://pershingrifles.wordpress.com// http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.history.army.mil/books/Last_Salute/Ch4.... http://www.history.army.mil/books/Last_Salute/inde... http://www.arlingtoncemetery.net/johnjose.htm http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p149121156