Pemerintahan João_Goulart

Beliau menghasilkan suatu perencanaan reformasi yang asas (Reformas de Base) di mana suatu campur tangan pemerintah dilibatkan secara banyaknya dalam ekonomi Brazil, membendung kebutahurufan dalam kalangan warga dewasa negara tersebut, pengagihan semula hartanah yang tidak menguntungkan pada keluasan tertentu kepada rakyat serta membuka hak mengundi kepada golongan-golongan pegawai tentera rendah serta buta huruf.

Goulart turut mewakili Brazil dalam memperjuangkan pengharaman penggunaan senjata nuklear dalam benua Amerika Selatan, lalu terlbibat dalam Perjanjian Tlatelolco antaranya; usaha ini dilanjutkan oleh Mexico setelah lumpuhnya pemerintahan Brazil.[5] Beliau berkecuali dalam polisi luar negaranya dengan menyambung hubungan bersama negara-negara sosialis serta membantah sekatan dagangan ke atas Cuba. Maka, Goulart sangat tidak disukai pemerintah Amerika Syarikat.