Kegunaan Jujube

Buah jujube berfungsi sebagai pelawas, mencegah daripada sembelit, menguatkan jantung, melancarkan sistem penghadaman dan amat berguna untuk kesihatan buah pinggang. Selain itu, ia boleh menghilangkan serak, keletihan, bermanfaat bagi mereka yang mengalami penyakit asma, mengawal cirit-birit dan mengukuhkan pertumbuhan rambut.

Piring dari buku Flora de Filipinas

Buah jujube sedikit sebanyak boleh membantu untuk mengawal berat badan. Daun pokok kurma jujube adalah kecil, cantik, dan buahnya berwarna merah serta berbentuk telur. Buah jujube juga berguna untuk meningkatkan tenaga fizikal dan menguatkan otot. Malah ia boleh diambil untuk rawatan degupan jantung yang tidak teratur dan peluh badan yang berlebihan .Ia juga adalah pembersih darah dan membantu melancarkan sistem penghadaman. Buah Kurma Jujube kering bersifat astringen, menenangkan dan boleh mencegah kanser. Cara pemakanan kurma jujube juga berbeza mengikut kawasan. Di Great Britain, ia dihidangkan sebagai buah-buahan kering atau gula-gula yang lazat bersama minuman teh pada waktu petang. Di Korea, China dan Taiwan biasanya buah jujube diambil dalam bentuk sirap manis. Malah terdapat di kawasan-kawasan tertentu yang menggunakannya untuk penghasilan cuka. Buah Kurma Jujube di dalam tin dan teh berperisa jujube juga boleh didapati di pasaran. Tetapi di Iran, Pakistan dan India, jujube kebanyakannya dimakan sebagai kurma yang kering.

Dalam kebanyakan negara di dunia, jujube dimakan sebagai kurma hijau segar yang juga lazat. Di Asia Timur, saiz pokok jujube sangat besar dengan pelbagai warna boleh didapati seperti warna merah dan hitam. Penemuan histologi menunjukkan, jujube mempunyai kesan perlindungan terhadap penyakit hati dan begitu berkesan untuk rawatan hati berlemak. Dalam perubatan tradisional Iran penggunaan jujube begitu disyorkan untuk merawat penyakit seperti batuk, selesema, dan sakit tekak. Tetapi perlu diingatkan bahawa pengambilan kurma jujube oleh orang yang cepat kesejukan boleh menyebabkan bengkak muka dan mereka harus mengambil kurma jujube dengan currant.

Kurma jujube diserang oleh larva.