Jujube
Jujube

Jujube

Ziziphus jujuba (dari bahasa Yunani ζίζυφον, zízyphon[2]), biasanya dipanggil jujube[3] (/ˈdʒuːdʒuːb/; sometimes jujuba), kurma merah, kurma Cina,[3] kurma Korea, atau kurma India ialah satu spesies Ziziphus dalam keluarga buckthorn (Rhamnaceae). Ia digunakan terutamanya sebagai pokok teduhan yang juga menghasilkan buah.Ia boleh didapati dari Iran ke Selatan China dan juga tenggara Eropah dan namanya berbeza mengikut kawasan setermpat. Di India dan Pakistan ia dipanggil Inab dan di Asia timur dipanggil Kurma merah, Kurma Cina atau India. Dalam kawasan Iran, pokok kurma jujube ditanam di beberapa bahagian tanah tinggi seperti kawasan Khorasan, Iran. Kurma yang biasa boleh didapati di Afrika Utara, Eropah Selatan dan Mediterranean mempunyai rasa yang manis dan dianggap sebagai ubat herba. Kurma jujube ini mempunyai pelbagai khasiat termasuk pelbagai vitamin seperti C, A, B2 dan beberapa mineral seperti kalsium, fosforus, besi.