Jus_sanguinis

Jus sanguinis (disebut [yus san-gui-nis], Bahasa Latin: hak darah) ialah suatu prinsip undang-undang kewarganegaraan di mana kewarganegaraan tidak ditentukan melalui tempat kelahiran sebaliknya dengan mempunyai satu atau dua orang tua keluarga (ibubapa) yang merupakan warganegara sesebuah negara. Anak-anak yang dilahirkan boleh secara automatiknya menjadi warganegara jika orang tua mereka mempunyai kewarganegaraan atau identiti kebangsaan yang bersifat etnik, budaya dan sebagainya.[1] Kewarganegaraan juga boleh dipakai pada anak-anak mereka yang berada dalam diaspora dan sendirinya bukan warga negara pemberi kewarganegaraan, berbanding dengan jus soli (Latin: hak tanah).[2]