Jus_soli

Jus soli (bahasa Latin bagi "hak untuk kawasan") atau kewarganegaraan hak lahir bermaksud hak kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan. [1] Menjelangnya abad kesembilan belas, negara telah mula terbahagi kepada mereka yang mempunyai kerakyatan terhadap tanahnya mengikut jus soli (Perancis, contohnya) dan memiliki tanahnya mengikut jus sanguinis (hak darah) (Jerman, contohnya). Walau bagaimanapun, kebanyakan negara Eropah menerima konsep Jerman sebagai "kenegaraan objektif", berdasarkan darah, bangsa atau bahasa (seperti takrifan klasik Fichte bagi sebuah negara), membuatkan mereka bertentangan dengan ahli republik Ernest Renan yang mencadangkan "kenegaraan subjektif", berdasarkan pungutan suara harian bagi perlengkapan tanah airnya. Konsep bagi kenegaraan yang tidak penting ini membolehkan pelaksaan jus soli, menentang kepada jus sanguinis. Walau bagaimanapun, dengan penambahan pelarian masa kini telah mengkaburkan beza antara keduanya.