Pembikinan Juvana_(filem)

Pelakon

Filem ini masih mengekalkan teraju utama dalam siri televisyennya, dengan beberapa muka baru dibawa masuk bagi memberi kesegaran dalam siri filem ini. Pelakon-pelakon baru tersebut ialah Sharnaaz Ahmad yang membawa watak Lan Todak, seorang pelatih di Sekolah Indera Sakti. Turut sama, pemenang Pelakon Pembantu FFM 22 Shafie Naswip sebagai Jamal, dan Adlin Aman Ramlie, yang pernah tercalon untuk dua kategori, iaitu Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM 21 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada festival yang sama, memegang watak sebagai Warden Tuan Ali, seorang bekas pelatih sekolah juvana, yang mengetahui perit-jerit sebagai seorang pelatih[1].

Filem ini turut menampilkan isteri kepada Zahiril Adzim, iaitu Shera Ayob, memegang watak sebagai Sara, rakan Daim di sekolah barunya. Ini merupakan gandingan kedua mereka selepas filem Sesuatu Yang Tertinggal.

Bagi pengarah, Faizal Ishak, beliau tidak mempunyai banyak masalah dalam mencari keserasian pelakon-pelakon, kerana mereka telah lama beersama sejak siri televisyen lagi.

Pemilihan Sharnaaz Ahmad selaku pemegang watak Lan Todak meenerima pujian atas keberkesanan watak yang dijayakan. Aksi beliau sebagai seorang pelajar yang `psiko' diteerjemahkan dengan baik. Ini secara langsung menggerakkan lagi perjalanan cerita ini.

Pengambaran

Filem ini mengambil lokasi sebuah pusat PLKN di Rawang selama 17 hari. Teknik sinematografi yang dilakukan berjaya memberikan rasa sebuah pesat pesalah juvana yang begitu kelam. Aksi-aksi pertarungan mengambil masa dua hari bagi menghasilkan sebuah aksi yang terbaik[2].